
KM saksikan pembentangan Belanjawan 2021 secara langsung
AYER KEROH 6 Nov. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali hari ini meluangkan masa menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021 secara langsung melalui skrin besar di Auditorium Seri Negeri.
Beliau meluangkan masa selama lebih dua jam menyaksikan pembentangan yang disampaikan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Negeri.
Untuk rekod, Belanjawan 2021 menampilkan tema Teguh Kita Menang Bersama yang memperuntukkan sebanyak RM322.6 bilion atau 20.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pelbagai sektor yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat pasca COVID-19.