Sorting by

×

KM lancar Rumah Transit DUN Tanjung Bidara

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Ogos – Rumah Transit pertama bagi Negeri Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di sini, hari ini, sedia untuk beroperasi .

Ab Rauf berkata, kemudahan dibina bersebelahan Japerun Tanjung Bidara itu  antara usaha Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat menjadi mangsa bencana dengan menyediakan kediaman sementara yang selesa dan berkualiti.

Katanya, selain mangsa bencana seperti ribut kemudahan itu juga akan digunakan untuk menempatkan mereka yang berdepan masalah berkaitan dengan tempat berteduh.

“Mereka berkenaan akan ditempatkan di rumah transit ini bagi tempoh tertentu sahaja. Tetapi jangka masa itu belum ditetapkan dan satu kajian akan dilakukan berhubung perkara ini.

“Selain Tanjung Bidara, tujuh lagi rumah transit akan dibina secara berperingkat selepas  semua DUN menghantar permohonan,” katanya  pada sidang media selepas Program Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Bersama Masyarakat Tahun 2023 di Kompleks Japerun Tanjung Bidara.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Turut hadir Pegawai Daerah Alor Gajah, Sabrina Thalas dan Jurutera Daerah Alor Gajah, Ir. Mohd Haidir Haron serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, pembinaan kemudahan itu membabitkan kos RM50,000 dan siap dibina dalam tempoh 36 bulan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2034
Kongsi :
Previous post Jadikan Tanjung Bidara ‘Taman Pelancongan’
Next post Taman Burung Melaka dibuka semula awal 2024
Ubah saiz-+=