KM, EXCO dan ADUN BN Melaka lafaz ikrar bebas rasuah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

JOHOR BAHRU 15 Dis – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama semua kepimpinan kerajaan negeri hari ini, menyempurnakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah, di sebuah hotel di sini.

Lafaz ikrar itu turut disertai semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Melaka.

ANTARA barisan kepimpinan Exco dan ADUN yang menyempurnakan Ikrar Bebas Rasuah

Sulaiman berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk menjadikan Melaka sebuah negeri bebas rasuah dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan jenayah itu.

“Majlis ini merupakan simbolik komitmen yang tinggi oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sebuah negeri yang bebas rasuah dan “zero tolerance” terhadap perlakuan jenayah rasuah.

“Ini juga selaras dengan manifesto atau aku janji Kerajaan Negeri Melaka adalah bertemakan ‘Kestabilan demi Kemakmuran’ yang bersandarkan kepada lima teras dan 103 inisiatif.

“Di bawah teras 3 yakni kecekapan tadbir urus, Kerajaan Negeri berjanji untuk memperkasakan tadbir urus yang bersih dan telus dalam tempoh 100 hari mentadbir negeri ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1064
Kongsi :
Previous post Insaflah, minta ampun dengan Allah, kata Hakim kepada lelaki rogol, lakukan seks luar tabii
Next post Palsukan ujian RTK COVID-19: Polis rakam tiga keterangan
Ubah saiz-+=