Sorting by

×

KM bakal atur perjumpaan khas sebelum bentang Bajet Negeri Melaka 2021

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 10 Okt. – Kerajaan Negeri Melaka bakal mengadakan perjumpaan khas pra-bajet 2021 sebagai persedian sebelum pembentangan Bajet Negeri Melaka 2021 yang dijangka diadakan pada November depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, perjumpaan khas itu bakal melibatkan semua pemegang taruh (stakeholders) dan semua kelompok berkaitan bagi mendapatkan input berguna untuk semua.

“InsyaAllah, Kerajaan Negeri Melaka juga akan mengadakan perjumpaan khas pra-bajet 2021 dengan semua ‘stakeholders’ atau pemegang taruh dan kelompok, sama ada di agensi pihak kerajaan mahupun dari pihak industri, termasuk persatuan-persatuan berkenaan, yang mewakili rakyat.

“Ini bagi mendapatkan input-input berguna, sebagai persediaan, sebelum kita membentangkan Bajet Negeri Melaka 2021, yang dijangka diadakan pada bulan November tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan taat setia bersempena Sambutan Rasmi Hari Jadi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri, sebentar tadi.

Perkara melibatkan prestasi ekonomi semasa itu merupakan satu daripada lima perkara yang disentuh Sulaiman pada sesi ucapan taat setianya.

Selain perihal ekonomi, Sulaiman turut berucap mengenai inisiatif pembangunan Negeri Melaka, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ), pelancongan dan hala tuju masa depan dalam kerangka besar Melaka Rumahku.

Views:

672
Kongsi :
Previous post Sejarah tercipta tanggal 10.10.2020
Next post Tujuh pembangunan terbaharu untuk kemajuan Melaka
Ubah saiz-+=