
KM adakan lawatan ke DUN Duyong
DUYONG 6 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, pagi ini telah mengadakan lawatan ke beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.
Lawatan itu dimulakan dengan Sulaiman menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Fathur Rahman dan kemudian mendengar kuliah yang disampaikan Ustaz Rahim Chalik Al Hafiz.
Selepas itu, beliau singgah bersarapan pagi di Warong Nordin dan sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Beliau kemudiannya berangkat menziarahi rumah pesakit terlantar di Bukit Serindit dan Semabok Dalam, selain turut menyampaikan sumbangan kepada 10 penerima di kawasan DUN Duyong.
Lawatan diakhiri dengan kunjungan ke ladang milik Mohd Shafiq Affendi di Solok Bukit Baru yang mengusahakan ternakan lembu.
Views:
Related

Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...
12 TUNJANG KELESTARIAN MELAKA – KM
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 12 tumpuan digariskan Kerajaan Negeri bagi merencana kelestarian pembangunan Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri...
‘JANGAN CUBA-CUBA NIKAH SINDIKET’
SERI NEGERI 28 April - Lelaki Muslim di negeri ini yang bercadang untuk berpoligami diberi amaran supaya tidak menggunakan khidmat...