
Kluster Teknologi Berendam tamat hari ini.
AYER KEROH 3 April. – Kluster Teknologi Berendam diumumkan tamat semalam selepas mencatatkan jumlah kumulatif 104 individu positif COVID-19 bermula 12 Februari lalu.
Jabatan Kesihatan Melaka menerusi satu kenyataan dan infografik di Facebooknya menyatakan terdapat satu kluster aktif di negeri ini iaitu Kluster Lot Enam yang dijangka akan tamat pada penghujung bulan ini.
“Setakat ini (semalam) sembilan kes baharu direkodkan menerusi Kluster Lot Enam dengan jumlah kumulatifnya seramai 301 individu disahkan positif pada 11 Februari lalu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kes harian positif COVID-19 direkodkan di Melaka hari ini mencatatkan 22 individu disahkan positif membabitkan 21 individu tempatan dan seorang banduan.
“Keseluruhannya 183 kes positif sedang dirawat di Hospital Melaka termasuk seorang dua di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...