
Kluster Tapak Bina Klebang terbaharu
AYER KEROH 31 Mei – Satu kluster baharu direkodkan di negeri ini hari ini selepas 124 orang dikesan positif akibat jangkitan COVID-19.
Jabatan Kesihatan negeri berkata, Kluster Tapak Bina Klebang direkodkan menerima jangkitan dalam kalangan komuniti pekerja di kawasan terbabit
Menurutnya, seramai 371 kontak rapat kini telah disaring dan jangkitan dipercayai merebak dalam kalangan rakan sekerja buruh di tapak bina.
“Punca jangkitan terhadap indeks disyaki mendapat jangkitan daripada komuniti sekali gus menjadikan sebanyak 35 kluster aktif di negeri ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 352 kes baharu positif wabak itu dengan tiga kematian direkodkan setakat hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...