
Kluster Sebatu: Korban pertama babitkan wanita berusia 85 tahun
AYER KEROH 12 Mei. – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka merekodkan satu kes kematian membabitkan wanita warga emas berusia 85 tahun dari Kluster Sebatu hari ini.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi JKN Melaka, warga emas tersebut mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, angin ahmar dan terlantar sakit.
“Beliau mendapat jangkitan COVID-19 dari cucu beliau yang merupakan jemaah surau terlibat Kluster Sebatu.
“Punca kematian ialah COVID-19 jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia) dengan sindrom koronari akut,” kata kenyataan itu.
Manakala bagi perincian kes sebanyak 110 kes positif direkodkan yang mana sebanyak 105 kes tempatan dan lima kes import.
“Selain itu terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 64 kes bagi Kluster Kampung Hilir Alor Gajah, satu kes Kluster Air Budi, satu kes Kluster Kopitiam Machap Baru dan satu kes Kluster Sebatu.
“Setakat ini sebanyak 764 kes sedang mendapatkan rawatan, 42 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tujuh menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
