
Kluster Rambai, Melaka antara sembilan kluster baharu hari ini – KP
PUTRAJAYA 29 Dis. – Sebanyak sembilan kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini termasuk Kluster Rambai, Melaka demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Ia turut membabitkan Kluster Seri Lanang di Selangor serta Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Integra Ikon dan Kluster Jalan Satang di Kuala Lumpur.
Laporan Online Kosmo! menyebut, Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, kluster lain adalah Kluster Tembok Mempaga di Bentong, Kluster Timbang Dayang di Kota Belud dan Kluster Teguli di Sabah.
“Kes penularan harian COVID-19 turut melaporkan sebanyak 1,925 kes melibatkan 1,915 penularan tempatan dan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Selangor melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 747 kes diikuti Kuala Lumpur (360) dan Pahang (288),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan membabitkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 457.
Pada masa sama beliau berkata, sebanyak 1,123 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 86,715 setakat hari ini.
Views:
Related
Berita Lain
JUMLAH MANGSA BANJIR DIJANGKA MENINGKAT
MERLIMAU 6 Mac - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menjangkakan jumlah mangsa terjejas banjir di negeri ini akan meningkat...
RELA JUAL RUMAH ASALKAN ANAK SIHAT
KESIDANG 6 Mac - Berkira-kira untuk menjual kediaman kini menjadi tempat berteduh, antara ikhtiar akhir pasangan ini demi melihat puteri...
DUA INDIVIDU RUGI LEBIH RM400,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 6 Mac - Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan...
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...