
Kluster Industri Serkam tidak jejas bekalan ayam mentah
AYER KEROH 7 Feb. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka memberi jaminan bekalan ayam mentah tidak terjejas meskipun kilang pemprosesan ayam terbesar di negeri ini ditutup seminggu susulan penularan COVID-19 membabitkan pekerjanya.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata, di sebalik penutupan kilang yang mencetus Kluster Industri Serkam itu, pemantauan pihaknya di rantaian premis borong dan runcit seluruh negeri mendapati bekalan ayam masih mencukupi khususnya menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada Jumaat ini.
“Penguat kuasa KPDNHEP Melaka telah melakukan pemeriksaan di rantaian premis borong dan runcit di sekitar negeri ini dan mendapati, bekalan ayam mentah di pasaran tidak terjejas berikutan penutupan sementara operasi syarikat berkenaan.
“Hal ini kerana premis runcit mempunyai beberapa pilihan pembekal lain di negeri ini bagi memastikan bekalan ayam stabil di premis dan di kawasan setempat,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menasihati pengguna tidak melakukan pembelian panik yang dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan bekalan ayam mentah di pasaran.
Views:
Related


Berita Lain
18 PROGRAM MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-22 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
AYER KEROH 12 April - Sebanyak 18 program dan acara telah dirangka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Ulang Tahun...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENGKALAN BATU BAWA KONSEP ‘GARDEN’
PENGKALAN BATU 12 April - Konsep sambutan Aidilfitri dalam taman menjadi antara tarikan pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...
BALAI BOMBA BAHARU DI PEKAN ASAHAN
ASAHAN 12 April - Pembinaan Balai Bomba baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dijanhka akan direalisasikan tidak lama lagi...
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...
JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
SUNGAI UDANG 12 April - Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW
JASIN 12 April - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan sepak takraw...