
Kluster Bukit: 100 kontak rapat dikesan, 8 positif COVID-19
AYER KEROH 22 Okt. – Jabatan Kesihatan Melaka mengesan seramai 100 individu kontak rapat daripada kluster Bukit setakat ini.
Menerusi sidang media harian kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, kluster itu adalah kluster baharu dikesan menular di sekitar Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, hasil siasatan terhadap kluster terbabit, kira-kira 100 individu telah dikenal pasti menjalani ujian calitan.
Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu lapan daripadanya adalah positif.
Beliau berkata, lapan individu yang positif itu adalah antara 30 kes aktif yang masih dirawat di Hospital Melaka.
“Selebihnya, semua kontak rapat yang dikesan itu didapati negatif, namun mereka diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
“Setakat ini keadaan masih dalam keadaan terkawal dan tiada kes baharu direkodkan daripada kluster terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Setakat 19 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, kes indeks ke-17 531 dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober lalu dan setakat Isnin lalu, seramai 15 kes sudah dijangkiti.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...