
Klinik tenis percuma bermula November
BUKIT KATIL 11 September – Persatuan Tenis Melaka berhasrat untuk membuka klinik tenis secara percuma bagi semua golongan usia bermula November depan.
Presidennya, Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahim berkata klinik tenis tersebut akan diadakan di Kompleks Tenis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Katanya, pihak persatuan sebenarnya aktif menganjurkan kejohanan secara bulanan dengan penyertaan dalam kalangan ahli, individu serta pasukan luar.
“Sekarang kami mahu mengajak lebih ramai aktif dalam tenis yang dianggap antara sukan tertua dunia dengan menganjurkan pelbagai program dan November ini klinik pula akan diadakan.
“Objektif klinik tenis ini adalah untuk mencapai misi ‘Tennis For All’ atau tenis untuk semua, sekali gus mengangkatnya sebagaiĀ sukan utama dalam kalangan penduduk negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata, demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Insentif Atlet Sukma dan Pembangunan Tenis Negeri Melaka di sebuah restoran di sini, hari ini.
“Jika ada sekolah yang berminat boleh hubungi kami, murid, pelajar serta guru akan diberikan tunjuk ajar, semuanya percuma kerana hasrat kami adalah melahirkan generasi pelapis sukan tenis,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...