Sorting by

×

KLINIK KESIHATAN KUALA SUNGAI BARU BAKAL DILENGKAPI LIF

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LINGGI 6 Januari – Klinik Kesihatan (KK) Kuala Sungai Baru bakal dilengkapi kemudahan lif, bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan selain memberi keselesaan kepada pesakit.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kemudahan lif bakal memberikan keselesaan kepada pesakit datang untuk mendapatkan rawatan pergigian atau menjalani sesi fisioterapi yang ditempatkan di aras dua bangunan berkenaan.

“Memandangkan Unit Fisioterapi ditempatkan di tingkat dua, amat molek jika bangunan ini dilengkapi kemudahan lif, pesakit yang datang pasti berasa lebih selesa dan memudahkan pergerakan mereka.

“Perkara ini akan dibincangkan seterusnya memohon peruntukan, saya akan usahakan yang terbaik untuk penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Hee Sem melakukan lawatan ke klinik kesihatan dan klinik desa dalam DUN Kuala Linggi bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), hari ini.

Lawatan itu turut disertai Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abdul Azis serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dari semasa ke semasa memantau keadaan di klinik kesihatan dan klinik desa bagi memastikan semua peralatan serta kemudahan berada dalam keadaan baik.

“Contoh menerusi lawatan WRUR kali ini, kita dapat melihat sendiri beberapa isu antaranya keperluan kemudahan lif dan juga pemohonan bajet untuk baik pulih keretakan pada lantai apron di KK Kuala Sungai Baru.

“Selain itu juga, setiap tahun di bawah portfolio kesihatan kita juga ada memohon bajet bagi kerja naik taraf dan pembaikan untuk klinik-klinik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

173
Kongsi :
Previous post PEMANDU JKR MAUT DALAM PERJALANAN KE TEMPAT KERJA
Next post DANA RM3.37 JUTA MANTAPKAN SISTEM KAMPUNG DIGITAL
Ubah saiz-+=