KKSL santuni petugas barisan hadapan

Masa Membaca:57 Saat

ALOR GAJAH 29 Mei – Kolej Komuniti Selandar (KKSL) melancarkan Projek KKSL Prihatin sejak 31 Mac lalu sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan petugas
barisan hadapan dalam membanteras penularan wabak Covid-19.

Pengarah KKSL, Baharuddin Osman berkata, kecekapan petugas barisan hadapan menjalankan tugas amat dibanggakan.

“Sumbangan melalui Projek KKSL Prihatin ini dapat memberi sokongan kepada mereka yang berjuang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat menghadapi Covid-19.

“Seramai 13 sukarelawan KKSL dan komuniti dengan kerjasama Hospital Alor Gajah berjaya menyiapkan sebanyak 1077 set PPE melalui Inisiatif ‘PPE For Frontliners’ untuk kegunaan petugas di hospital ini.

“Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri tanpa mengira masa dan tenaga bagi memastikan keselamatan dan kesihatan komuniti rakyat terjamin,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Pada program itu, KKSL turut menyalurkan sebanyak 104 sumbangan kepada komuniti setempat termasuk 82 kit sumbangan melalui program ‘Fresh Food For Community’ dan 22 kit sumbangan melalui program Kit Kasih Ramadan ke rumah penerima.

Ujarnya, insiatif itu diharap memberi manfaat kepada semua pihak sekali gus memperkasakan semangat sukarelawan dalam kalangan KKSL.

“Ini juga dapat membudayakan nilai menghargai jasa petugas perkhidmatan kesihatan dan keselamatan awam,” katanya lagi.

Hadir sama, Penyelaras Projek KKSL Prihatin, Azwa Abdul Halim.

Views:

714
Kongsi :
Previous post Jemaah sebak dapat tunai solat Jumaat selepas lebih dua bulan
Next post RM86,270 lesap ditipu rakan maya
Ubah saiz-+=