Sorting by

×

KKR bantu selesaikan kajian trafik dan ‘No Right Turn’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Menangani kesesakan dan kaedah pelaksanaan terbaik ‘No Right Turn’ adalah dua perkara yang menjadi perhatian Kementerian Kerja Raya (KKR) hasil lawatan menterinya ke Melaka.

Menterinya, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi berkata, KKR akan memperhalusi dan mencari solusi terbaik bagi melibatkan penyuraian trafik dan inisiatif No Right Turn.

Katanya, KKR sentiasa cakna dan prihatin akan usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“KKR dan agensi dibawahnya akan membantu mencari jalan terbaik membantu menangani permasalahan trafik di Melaka.

“Turut dimaklumkan, tahun hadapan adalah Tahun Melawat Melaka 2024, jadi isu trafik dan jalan kita akan bantu untuk selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Negeri Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Tahun 2023 di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Hadir sama,Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool dan lain-lain kenamaan.

Majlis tersebut turut dihadiri lebih 500 orang yang terdiri daripada Pengarah Cawangan dan negeri, Jurutera Daerah serta pegawai-pegawai kanan JKR dari seluruh negara.

Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan, Kerajaan Negeri menunda pelaksanaan percubaan inisiatif No Right Turn dan mahu JKR Melaka melakukan kajian terperinci.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

788
Kongsi :
Previous post Kajian menyeluruh sebelum pertimbang lampu isyarat
Next post 33 mangsa banjir di Jasin dipindahkan ke PPS
Ubah saiz-+=