
KKM tumpu baik pulih 46 hospital berusia lebih 50 tahun
PENGKALAN BATU 8 Ogos – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi tumpuan kepada 46 hospital di negara ini berusia lebih 50 tahun untuk dibaik pulih.
Menterinya Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia termasuklah menyemak semula sistem pendawaian perangkap kilat di kesemua hospital itu.
“Di Malaysia kita ada 46 buah hospital yang berusia lebih dari 50 tahun, bermakna kita kena semak balik sistem ‘wiring’, sistem elektrik termasuk perangkap kilat.
“Sistem perangkap kilat ini sangat penting dan kita menyediakan ‘back up’ seperti sistem elektrik yang lebih baik untuk mengelakkan kes-kes berlaku kelewatan atau terganggu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) dan Kuaters Batu Berendam di Klinik Kesihatan (Jenis 2), hari ini.
Jelasnya, 46 hospital itu merupakan hospital yang menjadi tumpuan kementerian untuk dibaik pulih.
“Kita akan masukkan dalam Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK-12) untuk program pembaikan.
“InsyaAllah pihak kerajaan sudah mula memberi kata persetujuan untuk mulakan permohonan ke arah baik pulih 46 hospital yang berusia lebih 50 tahun ini,” katanya lagi.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...