KKM pertimbang cuti raya secara berjadual – Khairy
KUALA TERENGGANU, 16 April – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan kaedah cuti secara berjadual bagi membolehkan warganya mendapat cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu sebelum memaklumkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk tindakan lanjut.
“Dua tahun lepas kita tak bagi atau jarang bagi cuti sebab pandemik, tapi tahun ini keadaan dah mula reda, mungkin kita akan mula bagi cuti raya, tapi (cuti) akan dibuat secara berjadual,” katanya kepada pemberita semasa melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.
Beliau berkata setelah selesai perbincangan, kaedah percutian secara berjadual berkenaan akan dimaklumkan kepada warga KKM.
Ditanya berapa peratus kakitangan yang akan diberi kelulusan bercuti, Khairy berkata perkara itu bergantung kepada kes dan kapasiti hospital.
“Kami akan cuba bagi (benarkan kakitangan bercuti) sebanyak mungkin… Tapi saya tak boleh nak umum sekarang (peratus), kena tengok lebih dekat lagi dengan tarikh hari raya,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...