KKM percepat buka semula gimnasium, rangka garis panduan pengalihan udara

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KUALA LUMPUR 8 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membangunkan beberapa garis panduan berhubung pengalihan udara melibatkan pembukaan gimnasium, kata menterinya Khairy Jamaluddin.

“Ini tidak akan mengambil masa yang lama, tapi disebabkan sifat biasa bagi pusat kecergasan dalam dewan, kita perlu tekankan beberapa keperluan soal pengalihan udara tertentu. Kami sedang melakukannya secepat mungkin,” katanya menerusi akaun twitter hari ini.

Beliau berkata berita baik mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

“(Sementara itu) Permintaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Menteri Belia dan Sukan) untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN COVID-19,” tambahnya.

Terdahulu di Twitter Ahmad Faizal menggesa Khairy supaya membenarkan gimnasium dan aktiviti sukan luar dewan dibuka semula selepas kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa panggung wayang akan dibuka semula kepada orang ramai mulai esok.

Ahmad Faizal mencadangkan gimnasium dan sukan luar dewan itu dibuka semula dengan dikenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan panggung wayang akan dibuka semula kepada orang ramai di negeri yang telah beralih ke Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), beroperasi pada kapasiti penonton di dewan tayangan wayang dihadkan 50 peratus bermula esok, dan hanya dibenarkan kepada mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post Turun ke laut suka-suka, terkejut dapat selangat 300 kg
Next post Apekehenye yeop!!!
Ubah saiz-+=