KKM akan lakukan pemeriksaan rambang individu kuarantin pulang dari luar negara
AYER KEROH 26 Dis- Pemeriksaan rambang akan dibuat terhadap mereka yang baru pulang dari luar negara dan menjalani kuarantin kendiri di rumah oleh pegawai Kesihatan negeri.
Exco Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Melaka akan melakukan pemeriksaan secara rambang ke atas individu yang pulang dari luar negara bagi memastikan mereka mematuhi arahan kuarantin yang dikenakan.
“Sebab itu juga saya bersetuju dengan pelaksaan penggunaan peranti elektronik (digital tracker) bagi memastikan arahan HSO (Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah) tidak dilanggar terutama melibatkan varian Omicron yang pantas merebak.
“Seperti di Melaka ini, siasatan mendapati kes benar-benar mematuhi perintah HSO yang dikenakan. Bayangkan jika arahan tersebut tidak dipatuhi dan sudah tentu penularan jangkitan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di Wisma Persekutuan, MITC, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin menyarankan pemakaian peranti elektronik buat mereka yang baru pulang dari Arab Saudi bagi memastika individu terbabit benar-benar menjalankan kuarantin di rumah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.