
Kitar semula sisa fabrik dapat hadiah dan baucar makan
AYER KEROH 17 Ogos – Orang ramai boleh menukar sisa fabrik terpakai dalam simpanan mereka kepada bentuk wang tunai atau baucar ayam goreng KFC, menerusi Program Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022.
Selain itu pada program dijadualkan berlangsung di pusat pengumpulan sisa fabrik di Jalan Kota Fesyen 1, MITC, 20 Ogos ini, orang ramai juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah.
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan setiap kilogram (kg) sisa fabrik yang dihantar akan dibayar RM 0.10 sen/KG.
Sementara itu bagi mereka yang menghantar sisa fabrik melebih 50 kg layak menerima baucar makanan ayam goreng KFC, manakala setiap 30 kg dan ke atas berpeluang menyertai cabutan bertuah disediakan SWCorp Melaka.
Program Jom Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022 merupakan anjuran SWCorp Melaka dengan kerjasama MPHTJ.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...