
Kira-kira 80 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya dijumpai di Pelabuhan Beirut
BEIRUT 25 Ogos – Pakar ketenteraan Lubnan dan rakan mereka dari Perancis menemukan 79 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya di Pelabuhan Beirut, lokasi berlakunya tragedi letupan maut awal bulan ini.
“Antara 14 dan 22 Ogos, sebanyak 25 bekas mengandungi asid hidroklorik dijumpai, serta 54 bekas bahan kimia lain dan andai berlaku kebocoran ia boleh mencetuskan bencana,” kata tentera Lubnan dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada 4 Ogos, ibu kota Lubnan digemparkan dengan letupan kuat menyaksikan seluruh daerah berdekatan dengan kawasan pelabuhan turut mengalami kemusnahan, lapor agensi berita Sputnik.
Kejadian itu disebabkan 2,750 tan ammonium nitrat tidak disimpan dengan baik di Pelabuhan Beirut, mencetuskan letupan mengorbankan lebih 170 orang manakala lebih 40,000 yang lain cedera. Ada beberapa laporan media baru-baru ini mengatakan jumlah kematian seramai 220 orang dan lebih 100 masih hilang.
Berikutan itu, kerajaan Lubnan mengisytiharkan darurat di Beirut. Kira-kira seminggu selepas kejadian kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Hassan Diab umum mengundurkan diri berikutan kemarahan rakyat, menyebabkan ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan menggesa beliau meletakkan jawatan.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
