
KIOS MPHTJ BUKA HINGGA 12 TENGAH MALAM
AYER KEROH 4 Oktober – Kemudahan dua unit kios bayaran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang beroperasi selepas waktu bekerja, melancarkan lagi urusan orang ramai, khusus mereka yang berdepan kekangan masa.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata kios berkenaan diletakkan di luar pejabat MPHTJ dan beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam.
“MPHTJ menyediakan dua kios bahagian luar bangunan kita yang mana kios ini boleh digunakan pada waktu ditetapkan.
“Pengguna boleh menjelaskan bayaran kompaun, cukai dan memperbaharui lesen perniagaan mereka di kios ini dengan lebih mudah serta pantas,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, urusan orang ramai tidak akan terbantut dan boleh diselesaikan dengan lebih cepat Meskipun kaunter MPHTJ ditutup selepas jam 5 petang.
“Jangan risau jika kaunter MPHTJ tutup sebab kita ada dua unit kios di luar ini, memang sudah ramai yang memanfaatkannya.
“Sudah tentu kewujudan kios ini memberi banyak manfaat kepada orang ramai khususnya di kawasan pentadbiran MPHTJ,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...