Sorting by

×

Kilang kereta elektrik pertama negara dijangka beroperasi 2024, berupaya hasil 7,000 unit EV setahun

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH – Kilang Pemasangan kereta elektrik (EV) pertama di Malaysia dijangka akan beroperasi seawal suku ketiga tahun 2024.

Pengarah Eksekutif Fieldman EV Sdn Bhd (FEV), YM Raja Azmil Shahril Raja Sulong Hizahar berkata, YM Raja Azmil Shahril Raja Sulong Hizahar berkata proses penamaan tanah di kawasan perindustrian Elkay, Lipat Kajang, Jasin akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan ini.

Katanya, selepas penamaan tanah, proses kelulusan akan diberi oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bagi pelan pembangunan yang melibatkan dua segmen di atas tanah terbabit.

“Antara segmen pertama ialah plot industri yang akan merangkumi fasiliti pengeluaran kereta elektrik utama, pusat kajian dan pembangunan (Research and Development), makmal ujian, test track, kilang-kilang sekunder (local vendor content), ‘body-paint repair’ serta Pusat Inovasi kereta elektrik.

“Manakala bagi segmen kedua, plot pembangunan bersepadu yang akan mempunyai lot komersil dan perumahan untuk kakitangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Raja Azmil Shahril

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebaik beroperasi untuk dua tahun pertama, kilang itu dijangka mampu menghasilkan 5,000 hingga 7,000 unit EV setahun secara konservatif.

“Jumlah itu dijangka akan ditingkatkan kepada 12,000 hingga 20,000 unit bagi tiga tahun berikutnya,” katanya.

Beliau berkata, untuk permulaan kereta elektrik itu akan dipasarkan di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara dengan harga jualan dianggarkan RM120,000 hingga RM150,000 mengikut spesifikasi.

Katanya, dengan kewujudan kilang pemasangan kereta elektrik pertama dalam negara ia dapat meningkatkan keupayaan industri automotif dan pada masa sama menjana kemahiran tempatan.

Menurutnya, ia juga seiring dengan sasaran Low Carbon Emissions dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2005.

“Malaysia merupakan salah satu negara yang memeterai United Nation’s Framework Convention on Climate Change’s (UNFCC) 21st Conference of Parties (COP21) pada 2015 dengan kadar pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus berbanding 2005.

“Selain itu, hampir semua pengeluar kereta utama dunia, telah meletakkan sasaran 2025 – 2040 untuk menghentikan pengeluaran enjin pembakaran dalam (ICE) dan beralih kepada teknologi elektrik,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2118
Kongsi :
Previous post Jawatankuasa Pilihan Khas bincang isu saham Azam Baki 19 Jan
Next post Kereta elektrik: Melaka pacu era baharu bidang teknologi – Exco
Ubah saiz-+=