Kilang ditutup, 69 pekerja positif COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 2 Feb. – Sebuah kilang di kawasan Industri Serkam Baharu, dekat sini, diarahkan tutup seminggu mulai semalam oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jasin selepas 69 pekerjanya dikesan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan operasi itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Penutupan ini bagi menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk disinfeksi di kilang terbabit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rahmad berkata, Kluster Indusrti Serkam Baharu itu dikesan hasil saringan bersasar dijalankan di kilang terbabit sekali gus menambah jumlah kluster aktif di negeri ini kepada 18 kluster.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes positif adalah di Daerah Jasin dan lima kes di Daerah Masjid Tanah.

“Kes ini membabitkan 38 warganegara iaitu 27 pekerja, tujuh ahli keluarga mereka dan empat rakan, manakala 31 kes lagi pekerja bukan warganegara,” katanya.

Rahmad berkata, sejumlah 62 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini meliputi 45 kes tempatan, dua kes import B dan 15 kes banduan atau Orang Kena Tahan atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Setakat hari ini, sebanyak 1,016 kes masih dirawat termasuk tujuh kes di unit rawatan rapi dan enam kes menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Perkembangan kes agak membimbangkan, justeru pekerja tempatan yang belum membuat saringan diminta berbuat segera,” katanya lagi.

Views:

843
Kongsi :
Previous post Polis sedang lengkapkan siasatan kes Amir
Next post Wan Zulkiflee individu pertama bukan Amerika dilantik Lembaga Pengarah ExxonMobil
Ubah saiz-+=