Sorting by

×

KIFAM bantu mualaf, Orang Asli tingkat kemahiran

Masa Membaca:55 Saat

ASAHAN 11 Ogos 2024 – Seramai 50 mualaf termasuk golongan Orang Asli meluangkan masa ‘mengasah bakat’ menerusi penganjuran Program Kelas Insentif Fardhu Ain Mualaf (KIFAM) Jasin 2024.

Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Rozali Ibrahim berkata, program selama dua hari itu diadakan hasil kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Pada program ini pelbagai kursus dan aktiviti disediakan khusus buat peserta dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran mereka serta memperbaiki rohani.

“Selain diajar cara memasak nasi arab dan roti, peserta turut didedahkan dengan teknik penghasilan ‘stepping stone’. Malah tidak ketinggalan turut diadakan kursus fardhu ain,” katanya.

Menurutnya, kesemua peserta ini mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah Kolej Komuniti Selandar yang sudi berkongsi ilmu dalam membantu komuniti setempat dapat meningkat kemahiran.

“Menariknya, menerusi program ini ia bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim Kolej Komuniti Selandar bersama JAIM malah komuniti setempat.

“Diharap dengan perkongsian ilmu yang diberikan diharap bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kemahiran peserta malah membantu mereka menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Terdahulu, majlis perasmian program yang berlangsung pada 6 dan 7 Ogos itu disempurnakan Pengarah JAIM, Datuk Badaruddin Mohd Kassim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

78
Kongsi :
Previous post Takraw Melaka sasar bawa pulang pingat
Next post MATTA fokus aktiviti ‘island hopping’ di Taman Laut Melaka
Ubah saiz-+=