Sorting by

×

Kibar Jalur Gemilang, nanas percuma di Menara Taming Sari

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 5 Ogos – Sempena bulan kemerdekaan negara, Menara Taming Sari bakal disemarakkan dengan program kibaran Jalur Gemilang.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nasrul Ahmad berkata, program kibaran tersebut akan melibatkan pemasangan Jalur Gemilang di sepanjang laluan serta premis Menara Taming Sari.

“Sepanjang bulan ini (Ogos), kita akan laksanakan program kibaran Jalur Gemilang di peringkat Menara Taming Sari dan akan kibarkan bendera Jalur Gemilang di sepanjang laluan dan bangunan Menara Taming Sari,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Pejabat Menara Taming Sari, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu pada 10 Ogos ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia akan mengadakan Jelajah Nanas Zon Selatan, dan Menara Taming Sari akan menjadi salah satu lokasi jelajah tersebut.

Menariknya, pada hari tersebut, sebanyak 500 nanas akan diedar secara percuma kepada pengunjung sekitar Menara Taming Sari.

“Program ini akan berlangsung di dua lokasi iaitu Menara Taming Sari dan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir.

“Saya difahamkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia akan mengagihkan 500 nanas secara percuma kepada pengunjung di sekitar Menara Taming Sari dan Bangunan Stadthuys.

“Selain daripada itu, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Menara Taming Sari akan menganjurkan beberapa aktiviti dan program serta jualan nanas pada hari yang sama,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

275
Kongsi :
Previous post ‘Kami tak mahu putus asa sampai mata terakhir’ – Aaron-Wooi Yik
Next post Bercuti di Melaka, dapat ilmu berharga
Ubah saiz-+=