KIAM’23 peluang asnaf jana pendapatan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 Disember – Selain menyediakan santapan rohani menerusi pelbagai majlis ilmu diatur, penganjuran Karnival Islamik Antarabangsa Melaka Tahun 2023 (KIAM’23) turut membuka peluang kepada golongan asnaf menambah pendapatan dengan berniaga.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihak penganjur KIAM’23 amat menggalakkan penyertaan asnaf dengan menawarkan pelbagai produk sepanjang lima hari kanival itu berlangsung.

“Ini salah satu kelainan KIAM’23 yang turut memfokuskan kepada aspek kebajikan golongan kurang berkemampuan, seramai 20 asnaf direkodkan mengambil peluang berniaga pada karnival yang membuka tirai hari ini.

“KIAM’23 adalah cetusan idea Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang berkonsepkan islamik dan patuh syariah,” katanya pada sidang media selepas Program Apa Khabau YB di MelakaFm Jalan Taming Sari, di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2023 12 28 At 11.21.09 104d2998
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman

Dijangka lebih 50,000 akan singgah ke KIAM’23 yang berlangsung bermula hari ini sehingga 1 Januari 2024.

Pelbagai pengisian diatur seperti bacaan al-Quran 24 jam tanpa henti, saringan peserta hafazan al-Quran Negeri Melaka, Ijtimak Murabbi, Forum Perdana, Ceramah Agama Perdana, Pertandingan Kompang Kreatif dan Kursus Pra Perkahwinan Islam Rahmah Perdana.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

940
Kongsi :
Previous post Misi banjir: ‘Abang Viva’ dan isteri tiba di Terengganu
Next post 8 tapak parkir disediakan pada malam sambutan TMM2024 dan Ambang Tahun Baharu
Ubah saiz-+=