KIAM’23: 20 pasangan mualaf kahwin percuma

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PAYA RUMPUT 26 Disember – Seramai 20 pasangan pengantin mualaf akan disandingkan secara beramai-ramai sempena Karnival Islam Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM’23) pada 30 Disember ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penganjuran Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Mualaf Negeri Melaka itu telah memasuki siri ketiga diadakan tahun ini bakal mewarnai sambutan KIAM’23.

Beliau berkata, kesemua mempelai yang diraikan akan dinikahkan mengikut giliran sebelum disandingkan secara beramai-ramai pada majlis itu.

“Pada penganjuran ini kita akan raikan perkahwinan mereka secara serentak dilengkapi dengan kenduri kahwin dengan jemputan ahli keluarga mempelai.

“Program memasuki siri ketiga pada tahun ini bakal meraikan perkahwinan mereka secara percuma yang mana ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Kita berharap penganjuran ini dapat meraikan saudara baharu yang mengemudi keluarga mengikut kehendak syarak sekali gus melebarkan syiar Islam yang lebih teguh,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

KIAM’23 akan berlangsung selama lima hari bermula 28 Disember hingga 1 Januari di Stadium Hang Jebat.

Pelbagai acara dan program menarik untuk umat Islam akan dianjurkan bersempena karnival berkenaan, antaranya, bacaan al-Quran 24 jam tanpa henti, Ijtimak Murabbi, Forum Perdana, Pertandingan Kompang Kreatif, Majlis Khatam Al Quran, Bandaraya Melaka Berselawat serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1694
Kongsi :
Previous post Kraf tangan beridentiti Melaka bantu promosi TMM2024
Next post Inap desa di Melaka, beberapa negeri laris sempena cuti sekolah
Ubah saiz-+=