
Khidmat sosial PLH UTeM dekati warga sekolah
DURIAN TUNGGAL 25 Sept. – Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melaksanakan program khidmat masyarakat dan kongsi kepakaran bersama Pusat Sumber Sekolah (PSS) di negeri ini.
Ia melibatkan dua Pusat Sumber iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput dan SK Sungai Udang, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Laman Hikmah UTeM Azman Ayup berkata program itu mendekatkan warga PLH bersama komuniti sekitar sebagai tanggungjawab sosial.
“Ini sumbangan PLH UTeM kepada pengurusan sekolah dengan memberi khidmat nasihat dan bantuan dalam memastikan PSS dapat diuruskan secara sistematik dan efisyen.
“Ia sekali gus membantu meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah tersebut,” katanya.
Azman berkata, pihaknya turut membantu sekolah tersebut melakukan persediaan dalam menyertai pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan tahun ini.
“Kita juga anjurkan sesi bicara santai @ fb live mengenai kerjasama antara perpustakaan, cabaran dalam arus semasa serta teknologi dan gaya berkaitan Revolusi Industri 4.0 di peringkat pengajian tinggi dan sekolah,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...