Sorting by

×

Khidmat ikhlas Muhammad Luqman

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

AYER KEROH 16 Julai – “Meskipun ada yang memandang serong namun saya bersyukur dapat berkhidmat kepada masyarakat, selain bangga dengan pekerjaan sekarang,” itu kata Muhammad Luqman Hashim.

Muhammad Luqman, 34, adalah orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran dan bisu yang kini berkhidmat sebagai pekerja pembersihan di sebuah syarikat konsensi pembersihan di negeri ini.

Menurutnya, sebagai OKU dia tidak terkecuali berdepan dengan situasi disisihkan atau diskriminasi segelintir individu ketika menjalankan tugas, namun itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berjuang.

Katanya, dia amat bersyukur kerana keputusan untuk pulang ke Melaka selepas keluar merantau di Pulau Pinang adalah tindakan yang tepat.

“Sebelum ini saya pernah bekerja di beberapa tempat tetapi di syarikat sekarang adalah yang terbaik termasuklah dikelilingi rakan sekerja yang baik.

“Meskipun hanya bertugas sebagai pekerja pembersihan dan perlu memastikan kawasan sekitar Taman Botanikal Ayer Keroh berada dalam keadaan bersih namun bagi saya ini adalah amanah dan perlu dilakukan sebaiknya.

“Apabila melihat keadaan sekitar taman ini bersih dan pengunjung yang datang berasa selesa ia amat mengembirakan saya kerana dapat berkhidmat kepada orang ramai,” katanya yang dibantu jurubahasa isyarat ketika sesi temu bual berlangsung di Taman Botanikal, Ayer Keroh.

Ujar Muhammad Luqman, dia tidak menafikan walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekangan komunikasi antara rakan sekerja namun perkara itu bukan satu masalah yang besar apabila mereka mula belajar bahasa isyarat.

“Dulu ketika awal bekerja pada 2018 saya akan menaip di telefon bimbit dan kemudiannya tunjukkan kepada rakan. Tidak lama selepas itu rakan-rakan mula belajar bahasa isyarat.

“Boleh katakan saya bertuah kerana ada rakan sekerja yang amat memahami keadaan kekurangan diri saya. Malah mereka juga banyak membantu sekiranya ada hal yang saya tidak tahu termasuklah pihak majikan,” katanya.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu membabitahu, dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh majikannya iaitu SWM Environment dia akan memberikan yang terbaik.

“Saya tidak akàn kepercayaan yang diberikan ini kerana peluang ini membolehkan saya mencari rezeki untuk keluarga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

327
Kongsi :
Previous post Sukma XXI: Emosi atlet turut diberi perhatian
Next post 168 anak yatim diraikan sempena 10 Muharam
Ubah saiz-+=