Khemah baharu persediaan hadapi bencana
KUALA LINGGI 10 Ogos – Japerun Kuala Linggi menerima 40 unit khemah baharu sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah berkata, khemah berkenaan akan memudahkan lagi urusan pihak Japerun dan agensi lain dalam menangani situasi bencana atau kecemasan luar jangka.
Beliau berkata, khemah berkenaan diterima Penghulu DUN Kuala Linggi Aszahari Razak, Penghulu DUN Kuala Linggi pada 8 Ogos lalu.
“Alhamdulillah setakat ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi belum ada bencana alam yang teruk, namun persediaan kearah itu perlu dilakukan sekarang berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.
“Jika ada keperluan kemudahan khemah ini di DUN lain yang mungkin dilanda banjir kita sedia hantar ke lokasi berkenaan, bertujuan memberikan lebih keselesaan kepada mangsa terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Berkongsi perkembangan perancangan pembangunan insfrastruktur sekitar DUN Kuala Linggi, Rosli berkata satu lawatan tapak diadakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka baru-baru ini.
“Antara yang diberikan perhatian adalah pemasangan lampu isyarat di persimpangan tertentu, bagi melancarkan trafik, namun kajian perlu dilakukan sebelum ianya dilaksanakan,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...