Khatan Perdana bantu golongan memerlukan
ALOR GAJAH, 9 Jan – Sebagai usaha membantu golongan memerlukan, satu program Khatan Perdana 5.0 telah dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Etno-Sains Perubatan Alam Melayu dan Komplementari Malaysia di Anggerik Malaysia, Kelemak, di sini, sebentar tadi.
Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan penganjuran program itu sebagai satu usaha murni dalam membantu mereka yang memerlukan melibatkan 77 orang peserta daripada golongan fakir, asnaf dan B40 sekitar Alor Gajah.
“Penganjuran Khatan Perdana 5.0 ini adalah ingin membantu golongan yang berkeperluan seperti fakir, asnaf dan B40 sekitar Alor Gajah bagi meringankan beban yang ditanggung ketika negara diuji pandemik COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Khatan Perdana 5.0, di sini.
Hadir sama Presiden Etno-Sains Prof Dr Supyan Hussin.
Redzuan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), turut memuji pihak penganjur kerana majlis berkhatan itu dilakukan mengikut tradisi Melayu.
“Dengan teknologi yang semakin canggih dan pembudayaan budaya barat dalam kehidupan seharian sedikit sebanyak menyebabkan tradisi Melayu dilupakan.
“Namun, dengan adanya program seperti ini dapat memberi pendedahan buat kita semua terutamanya untuk generasi muda,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
SUKAN LAMBANG PERPADUAN ORANG MELAKA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri...
MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 11 Januari - Lebih 6,200 peserta akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan sukan iaitu Sukan Dua Jiwa Satu...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Januari - Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan...
PEKERJA ASING TIKAM RAKAN SEDANG TIDUR GARA-GARA KRIKET
JASIN 11 Januari - Pergaduhan mulut mengenai sukan kriket berakhir dengan tragedi berdarah apabila seorang pekerja asing warganegara Nepal parah...
TERIMA KASIH SUDI ‘JENGUK’ KAMI
KUALA LINGGI 11 Januari - Ucapan terima kasih tidak terhingga antara kalimat yang diungkapkan penerima bantuan kebajikan yang diziarahi Exco...
TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA
LENDU 11 Januari - Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan...