Sorting by

×

KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN

Masa Membaca:47 Saat

ASAHAN 8 Januari – Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan 2025 dijaduakan berlangsung di Kolej Komuniti Selandar pada 19 Januari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata program berkhatan percuma itu melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun ke atas.

“Setakat ini kita sudah ada 100 peserta dan dijangka meningkat kepada 130 orang, program bermula jam 7 pagi hingga selesai.

“Kepada ibu bapa berminat untuk mendaftarkan anak masing-masing boleh terus datang ke Japerun Asahan atau berjumpa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi digital negeri berkata, program itu adalah hasil komitmen dan kerjasama diberikan pelbagai pihak.

“Fokus kita ialah untuk terus membawa kemajuan dan kebaikan kepada rakyat, insya-Allah segala perancangan akan dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
Next post PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
Ubah saiz-+=