Khatam al-Quran mantapkan elemen j-QAF

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

MASJID TANAH 8 Februari – Majlis Khatam al-Quran dilaksanakan berterusan saban tahun menjadi antara elemen memantapkan murid dalam subjek Pendidikan Islam menerusi pendekatan Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (j-QAF).

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan negeri, Ahmad Hamizi Abu Hasan berkata, program sedemikian meningkatkan motivasi murid dan mengajak mereka untuk menjadikan membaca al-Quran sebagai rutin harian.

Katanya program pelengkap kepada subjek Pendidikan Islam itu juga membantu murid untuk khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali setiap tahun sebelum beralih ke sekolah menengah.

WhatsApp Image 2023-02-08 at 4.53.45 PM
ANTARA MURID terlibat dalam Majlis Khatam al-Quran Perdana.

“Pihak sekolah amat digalakkan untuk memperhebatkan lagi pogram seumpama ini khususnya membabitkan murid tahun enam yang bakal melangkah ke sekolah menengah.

“Namun jika ada murid tahap lain yang turut serta pasti lebih bagus, kita mahu anak-anak ini menjadikan khatam dan membaca al-Quran sebagai satu budaya,” katanya selepas merasmikan Majlis Khatam al-Quran Perdana di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim (SKDTK), di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Guru Besar SKDTK, Mohd Isha Bakar.

Program kali ini mengumpulkan lebih 207 murid dari 10 sekoleh rendah sekitar Parlimen Masjid Tanah untuk khatam al-Quran dibawah satu bumbung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1702
Kongsi :
Previous post Pemain industri aeroangkasa perlu capai standard AS9100
Next post Melaka umum perubahan 13 ketua agensi, anak syarikat
Ubah saiz-+=