
Khairy tekad banteras budaya kerja toksik di hospital
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bertekad membanteras budaya kerja toksik di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau yang menyifatkan suasana persekitaran kerja yang amat berbeza antara ‘zaman dahulu’ dan sekarang, mahukan supaya suasana hormat menghormati dan saling menyokong antara rakan sekerja perlu diwujudkan.
“Persekitaran kerja mesti ada saling menghormati, sokongan dan pemerkasaan, bukan bersidat mendera dan memalukan,” katanya menerusi hantaran di Twitter.
Katanya beliau telah melawat dan mendengar pengalaman doktor pelatih di Hospital Selayang sebelum mereka melakukan ‘rondaan’ pagi ini, selain turut memuat naik beberapa gambar hasil pertemuannya dengan mereka.
“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai ‘persekitaran kerja’ yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” katanya.
Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran Hospital Pulau Pinang, dan semalam Khairy memaklumkan Unit Integriti KKM diarah menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...