Sorting by

×

Khairy sedia cadangan kesihatan untuk pertimbangan BN dalam manifesto

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan menyediakan beberapa cadangan berkaitan kesihatan untuk pertimbangan Barisan Nasional (BN) supaya dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata ia termasuk Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dan cadangan itu akan diserahkan kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertanggungjawab kepada manifesto untuk tindakan seterusnya.

“Sebagai Menteri Kesihatan, tentunya saya telah membuat beberapa cadangan, kita telahpun memberi beberapa cadangan, termasuk itulah (rang undang-undang berkenaan),” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2022 dan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau telah bertanyakan kepada pemimpin BN jika gabungan itu akan memasukkan rang undang-undang tersebut yang lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG) dalam manifesto mereka.

Ditanya mengenai aspek kesihatan yang dijangka dimasukkan dalam manifesto BN, Khairy menjawab: “Tunggu dan lihatlah, tetapi saya tengah sediakan beberapa cadangan…dan hampir siap,” katanya.

Pada 12 Okt, Khairy berkata beliau akan terus menyokong Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 biar apa sekalipun kedudukan selepas PRU15.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1566
Kongsi :
Previous post PM rasmi JAKM Melaka bertemakan ‘K.A.S.I.H Keluarga Malaysia: Sejahtera Bersama’
Next post Imigresen serbu premis kecantikan menggaji warga asing
Ubah saiz-+=