
Khairy Jamaluddin mula tugas rasmi sebagai Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA 30 Ogos – Usai mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini, Khairy Jamaluddin terus melapor diri di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, untuk memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kesihatan.
Kedatangan Ahli Parlimen Rembau itu yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan ke bangunan Kementerian Kesihatan pada 5.15 petang disambut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Turut sama melapor diri pada hari ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang.
Selepas mengimbas pas kerja, Khairy yang memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pentadbiran terdahulu, memasuki pejabatnya di Tingkat 13 dan kemudian menyertai mesyuarat bersama pengurusan kanan KKM.
Khairy bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...