Sorting by

×

Khairy individu pertama akan ambil suntikan vaksin selain Pfizer-BioNTech

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SEPANG: “Saya buat keputusan saya akan ambil apa (vaksin) diluluskan seterusnya.”

Itu jawapan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin ketika ditanya media bilakah beliau akan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Khairy apa yang jelas kini, rakyat Malaysia semakin yakin untuk menerima suntikan vaksin selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menjadi individu pertama disuntik vaksin Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu.

“Saya telah meneliti sejak beberapa hari pandangan dan pendapat rakyat…lihat PM (Muhyiddin), ketua pengarah kesihatan, beberapa menteri besar dan barisan hadapan menerima suntikan vaksin.

“Rakyat dah makin yakin, perdana menteri dan menteri pertahanan semua ‘ambil barang baik’ (vaksin Pfizer-BioNTech).

“Saya buat keputusan saya akan ambil apa saja (vaksin) diluluskan (Bahagian Regulatori Farmasi Negara, NPRA) seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan vaksin Sinovac dari China.

Mengulas lanjut Khairy yang juga Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi berkata, keputusan itu bagi meyakinkan rakyat bahawa setiap vaksin diberi kelulusan oleh NPRA adalah terbaik dan berkesan.

“…Saya tidak akan ambil (vaksin) Pfizer-BioNTech, tapi biarlah ada juga daripada barisan menteri ambil vaksin lain.

“Saya tidak tahu…vaksin Sinovac, Sputnik, AstraZeneca atau CanSino kerana saya yakin terhadap NPRA,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

301
Kongsi :
Previous post Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia
Next post Cadang nelayan terima suntikan vaksin fasa 2
Ubah saiz-+=