
Khaidhirah ziarah lima keluarga timang cahaya mata
RIM 17 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar menganjurkan program Ziarah Permata bagi meraikan lima keluarga yang baharu menerima cahaya mata.
Khaidhirah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkata, lawatan itu adalah sebagai tanda kasih dan prihatin dirinya kepada seluruh keluarga Rim.
“Alhamdulillah, saya berkesempatan meluangkan masa bagi program Ziarah Permata minggu ini. Pada Ziarah Permata kali ini, saya ke Chabau untuk melawat adik Fatin yang baru sahaja mendapat cahaya mata.
“Seterusnya saya ke Chohong berkunjung ke rumah Aisyah dan Sarina. Saya juga sempat berkunjung ke rumah Zaniza di Terentang dan Marfidah di Sempang Kerayong yang juga mendapat cahaya mata baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya Sabtu lalu.
Beliau, turut mendoakan kesejahteraan kesemua warga DUN Rim dan berusaha untuk terus mengadakan lawatan sebegitu pada masa akan datang.
“Insya-Allah, saya akan turun untuk melawat keluarga DUN Rim saya sekerap yang mampu, ini kerana pemimpin dan rakyat, berpisah tiada,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...