Sorting by

×

Keunikan Melaka tawan hati peserta seminar 11 negara

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 18 Mei – Lawatan singkat ke negeri ini membuka mata dan memberikan pengalaman baharu kepada peserta Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) mengenai keunikan serta keistimewaan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan antarabangsa.

Seramai 13 peserta yang mewakili 11 buah negara yang antaranya dari Jordan, Azerbaijan, Maldives dan Croatia dibawa melawat sekitar lokasi menarik menjadi ikon pelancongan dan bersejarah.

Malah peserta juga dibawa menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise, selain menaikmati pemandangan Bandaraya Melaka dari ketingggian 80 meter ketika singgah di Menara Taming Sari.

Eksekutif Kanan Bahagian Penyelidikan dan Latihan ‘Islamic Tourism Centre’, Siti Sarah Hussin berkata, kesemua 13 peserta program MTCP itu mengikuti seminar berkaitan pelancongan serta hospitaliti mesra Muslim.

“Kami memilih Melaka sebagai lokasi persinggahan kerana negeri ini memiliki banyak lokasi yang menarik untuk dilawati. Malah ramai dalam kalangan peserta ini baru pertama kali datang ke Malaysia.

“Bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kami bawa mereka untuk lihat sendiri keunikan negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari ini.

Sementara itu peserta seminar Hamza Aloran dari Jordan berkata, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Malaysia dan Melaka.

“Bagi saya ini adalah satu pengalaman baharu, paling menarik adalah melihat bangunan lama ketika menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

266
Kongsi :
Previous post KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Next post Berdebar nak tunai haji
Ubah saiz-+=