
Ketum bukan tonik kesihatan – AADK Melaka

KRUBONG 8 Ogos – Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka, Nazir Mohamad menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang masih beranggapan minuman ketum merupakan tonik kesihatan, terutamanya bagi mereka yang kuat bekerja.
Jelasnya, sesuatu kenyataan terutamanya yang membabitkan apa jua dadah termasuk ketum wajar disokong dengan kajian teliti membabitkan responden yang ramai.
“Kita suka sangat bawa cerita ketum itu umpama tonik untuk yang kuat bekerja. Tak pasti sama ada ia betul atau pun tidak.
“Melainkan ada kajian saintifik (evidence based) dan kita mesti berpegang pada kajian, benarkah ia untuk (orang) yang kuat bekerja?
“Dan kajian itu juga perlu dilihat ramai tak respondennya, kalau empat ke lima orang tak boleh pakai juga, perlu adanya kajian yang lebih luas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Santai: Seminar Keluarga, Family on Alert yang disiarkan Melaka Hari ini secara langsung di Facebook sebentar tadi.
Sementara itu jelas Nazir, bagi menangani masalah penyalahgunaaan ketum dan dadah AADK, akan terus mengamalkan pendidikan pencegahan bagi membendung gejala terbabit dari terus menular.
Views:
Related


Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...