
Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia
Masa Membaca:20 Saat
KUALA LUMPUR 14 Mei – Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.
Mendiang berusia 59 tahun.
Perkara itu disahkan anak mendiang Wong Chee Mun ketika dihubungi Bernama.
Menurut Chee Mun, ayahnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
489