Ketua Pengarah Kerja Raya, Pengurus Besar CMI antara penerima Darjah hari ini

Masa Membaca:2 Minit, 14 Saat

SERI NEGERI 26 Ogos – Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir. Roslan Ismail mendahului senarai 399 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Img 20240826 112640 583

YANG di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menganugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir. Roslan Ismail. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Roslan antara 11 penerima yang dikurniakan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) membawa gelaran Datuk Wira pada sesi ketiga istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri, pagi ini.

Turut dianugerahkan Darjah sama, Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Wira Azuan Effendy Zairakithnaini dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Wira Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Istiadat pada hari ini turut menyaksikan dua individu dianguerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu & Warisan Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah.

Img 20240826 112636 491
YANG di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menganugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Selain itu, seramai 58 penerima menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk adalah Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri , Datuk Rosli Abdullah; Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman dan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Datuk Mohd Saleh Jusman.

Img 20240826 112644 093
YANG di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menganugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Datuk Mohd Saleh Jusman. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu, Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri Melaka, Farhan Abdul Rahim dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit antara 24 penerima Darjah Seri Melaka (D.S.M) yang telah memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada Negeri Melaka.

Manakala seramai 41 penerima dianugerahkan Bintang CemerLang Melaka (B.C.M), 90 penerima menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), 113 menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 55 menerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) dan lima penerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2078
Kongsi :
Previous post Husain Beladar ‘arkitek’ penjara Malaysia
Next post Atlet Melaka cipta banyak kejutan di SUKMA Sarawak
Ubah saiz-+=