
Ketua Penerangan UMNO Kota Melaka meninggal dunia
AYER KEROH 29 September – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Ashakari Abu Noor meninggal dunia pagi ini.
Berita sedih itu disampaikan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagaian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
“Saya merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya pada hantaran di Facebook rasminya.
Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
“Satu kehilangan yang amat dirasai. Inilah antara susuk tubuh yang meletakkan saya di tempat ini pada hari ini.
“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, rahmatilah dia, lapangkan kuburnya, hapuskan segala azab kuburnya, masukkanlah dia ke dalam taman-taman syurgaMu.
“Berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya. Hapuskanlah airmata mereka. Tempatkan beliau dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...