Ketua Menteri umum Pelan Induk Pelancongan Melaka 2035

Masa Membaca:2 Minit, 2 Saat

AYER KEROH – Pelan Induk Pelancongan Melaka 2035 yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bakal memperkasakan lagi dan mewujudkan landskap baharu bagi industri pelancongan negeri ini.

Ketua Menteri berkata, selain memperkasakan pelancongan domestik pelan yang diumumkan itu mampu memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka ke tahap yang lebih membanggakan.

Ab Rauf Yusoh berkata, pelan berkenaan menggariskan enam strategi pembangunan pelancongan utama yang akan dijayakan menerusi kerjasama pelbagai pihak selain memberi tumpuan kepada aspek pengurusan lebih cekap, sentuhan lebih menarik kepada produk pelancongan dan fokus kepada pendigitalan.

“Strategi pembangunan pertama adalah, menyemarakkan nilai-nilai Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO daripada segi faedah dan perkhidmatan, kedua, menjadikan inisiatif Special Tourism Investment Zone (STIZ) sebagai pemacu kepada pembangunan produk dan perkhidmatan pelancongan yang berinovatif dan berdaya saing.

“Ketiga membangunkan produk-produk pelancongan ikonik di luar kawasan Melaka Bandaraya Bersejarah bagi menyemarakkan aliran pelancong dan pulangan ekonomi, keempat meningkatkan pengurusan destinasi agar pengalaman pelancongan lebih menawarkan keselesaan, keselamatan dan perkhidmatan yang berkesan.

“Sementara itu kelima memperkenalkan sistem tadbir urus pelancongan (governance) yang mengutamakan kerjasama pintar di antara kerajaan, swasta dan penduduk tempatan, manakala yang keenam memperkenalkan usaha ke arah digitalisasi dan pelancongan pintar bagi memendekkan rantaian penawaran (supply chain) dan mengurangkan kebergantungan kepada operator pelancongan di Lembah Klang dan Singapura,” kata Ketua Menteri.

Photo 2023 12 20 19 04 40
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berucap sempena Program Kerjasama Menjayakan Kempen Cabutan Bertuah & Kupon Diskaun Sempena TMM2024 bersama Penggiat Industri Pelancongan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kempen Cabutan Bertuah dan Kupon Diskaun Semepena Tahun Melawat Melaka 2024 dan Pelancaran Pelan Induk Pelancongan Melaka 20235 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Penangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Berikutan itu Ketua Menteri mahu enam strategi berkenaan menjadi garis panduan kepada semua jabatan, agensi dan individu yang berlibat dalam memperkasa sektor pelancongan Negeri Melaka ke tahap yang lebih cemerlang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1129
Kongsi :
Previous post Karnival Esport Melaka 2023 Sabtu ini
Next post Maxus T60 antara lima cabutan utama TMM2024
Ubah saiz-+=