
Ketua Menteri titip pesan kepada rakyat Melaka
MELAKA 1 Mei – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengingatkan rakyat mengutamakan keselamatan jalan raya sepanjang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Menerusi catatan Facebook rasminya, beliau turut menitipkan doa kepada umat Islam di negara ini terutama rakyat Melaka supaya menyambut Aidilfitir dalam suasana selamat.
“Alhamdulillah esok kita semua akan merayakan hari besar umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.
“Saya nak pesan, khususnya kepada mereka yang menggunakan jalan raya untuk pulang ke kampung dan kemudian kembali ke bandar-bandar, tolonglah pandu dengan cermat.
“Saya doakan mudah-mudahan kita semua merayakan Hari Raya Aidilfiftri dalam suasana gembira dan selamat,” katanya.
Sulaiman berkata, beliau mewakili barisan kepimpinan kerajaan negeri serta keluarganya mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam di Malaysia khususnya buat rakyat negeri Melaka tercinta.
“Sekali lagi, saya, isteri dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di mana jua anda berada,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...