Sorting by

×

Ketua Menteri tinjau persiapan sambut keberangkatan Agong di Masjid Sultan Ibrahim

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TANJUNG BIDARA 12 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meninjau persiapan menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Ibrahim di Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah hari ini.

Perkara itu demi memastikan keberangkatan Seri Paduka Baginda memasyurkan Masjid Sultan Ibrahim yang dahulunya dikenali sebagai Majis Jannatul Bahri pada 14 Jun ini berjalan lancar dan teratur.

Pada sesi lawatan kira-kira jam 10 pagi tadi, Ab Rauf berkesempatan menyaksikan sesi raptai dikendalikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan kariah masjid bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad serta kenamaan lain.

Masjid Sultan Ibrahim yang dibina atas tanah wakaf Allahyarham Haji Bahri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada tahun 2021 ini boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ia sekali gus mencipta detik sejarah negara apabila masjid itu merupakan masjid pertama dalam negara dimasyhurkan sempena nama baginda selepas ditabalkan Yang di Pertuan Agong ke-17.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

491
Kongsi :
Previous post Empat maut kereta rempuh lori rosak di lebuh raya
Next post Impian nelayan Melaka miliki rumah jadi nyata
Ubah saiz-+=