Sorting by

×

KETUA MENTERI TINJAU BANGUNAN SEMENTARA IPD MELAKA TENGAH

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KESIDANG 4 September – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, meninjau kesiapsiagaan Bangunan Sementara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Wisma Amanah, Batu Berendam, di sini.

Ketibaan beliau kira-kira jam 2 petang itu disambut sebahagian warga IPD Melaka Tengah dan kontraktor yang terlibat dengan baik pulih bangunan berkenaan.

Turut bersama Ketua Menteri dalam lawatan khas itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dan lain-lain kenamaan.

Pada lawatan itu, Ab Rauf diberi penerangan mengenai kerja baik pulih yang dijalankan pada bangunan terbaik sebelum proses pemindahan dilakukan secara berperingkat yang dijangka bermula hujung bulan ini.

Dalam lawatan yang berlangsung kira-kira 45 minit itu, beliau turut dibawa melawat ke bangunan pejabat IPD Melaka Tengah yang selesai dinaik taraf.

Ketua Menteri turut cakna mengenai keperluan tambahan warga IPD Melaka Tengah pada lawatan itu dan sedia memohon peruntukan tambahan bagi memastikan keselesaan warga IPD Melaka Tengah apabila bangunan sementara itu beroperasi penuh kelak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

122
Kongsi :
Previous post JPJ MELAKA BUKA PELUANG SEKOLAH BEKERJASAMA TINGKATKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Next post IPD BERUSIA 100 TAHUN DICADANG JADI MUZIUM POLIS, NAFI DIJUAL
Ubah saiz-+=