
Ketua Menteri santuni penduduk DUN Gadek
GADEK 7 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali hari ini mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek bagi menyantuni penduduk dalam kawasan terbabit.
Program lawatan tersebut dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Aleya, Kuala Ina yang disertai Sulaiman serta kira-kira 100 jemaah setempat.
Selepas itu, Sulaiman turun padang ke beberapa lokasi di kawasan DUN Gadek dalam menyelami permasalahan dihadapi oleh golongan kurang berkemampuan.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan serta Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek Mustafa Musa.
Pada lawatan kali ini, beberapa lokasi lain turut dikunjungi beliau membabitkan kawasan Kuala Ina Pulau Sebang Utara dan Kampung Paya Datuk.
Selain itu, dalam kunjungan itu, Sulaiman turut menyempurnakan perasmian Rumah Penyembelihan Sebang Agrofarm.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...