Ketua Menteri santuni orang kampung

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 17 Mei – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, meluangkan masa untuk bersarapan bersama-sama lima individu yang mengalami keuzuran akibat masalah kesihatan pada Program Ziarah Kasih berlangsung di Kampung Jeram dan Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Kesempatan yang ada turut digunakan Ketua Menteri untuk bertanya khabar dan mengambil tahu dengan lebih lanjut mengenai masalah kesihatan yang dihadapi lima individu yang disantuni beliau.

“Alhamdulillah pada pagi Jumaat ‘Sayyidul Ayyam’ ini, saya menjayakan program Ziarah Kasih dengan menyantuni lima orang dari Kampung Jeram dan Kampung Seri Jeram.

“Semoga dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima bantuan dan keluarga,” kata Ketua Menteri.

Whatsapp Image 2024 05 17 At 1.48.43 Pm (1)

KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengaminkan doa ketika singgah rumah salah seorang daripada lima individu yang diraikan pada program itu. Foto Ab Rauf Yusoh/Pejabat Ketua Menteri

Pada program itu Ketua Menteri menyantuni Bahari Sirun, 81, menderita penyakit angin ahmar dan darah tinggi, Aziz Ahmad, 73, menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, Aini Abu Hassan, 59, menghidap kencing manis dan kolestrol tinggi serta Md Lajim Mohamad, 64, menghidap masalah kencing tidak lawas.

Selain itu Ketua Menteri turut menyatuni Turi Kasran, 81, dari Kampung Seri Jeram yang menghidap penyakit buah pinggang dan masalah jantung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

105
Kongsi :
Previous post 5 keluarga suspek kes serang Balai Polis Ulu Tiram ditahan
Next post ‘Hadiah’ besarkan enam anak
Ubah saiz-+=